Kajang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berhubung dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail mengenai kes Allahyarham Noorizwan Zulkefly yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Anwar dalam hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau mengambil maklum berhubung kehadiran ahli keluarga Allahyarham menyerahkan surat rayuan kepada beliau hari ini.

"Saya mengambil maklum kehadiran keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly untuk menyerahkan surat rayuan kepada saya hari ini dan amat berdukacita atas pemergian Allahyarham serta memahami kesedihan dan keresahan keluarga yang menantikan jawapan.

"Saya dijadualkan menghadiri beberapa program di Melaka hari ini dan mewakilkan pegawai saya untuk menerima surat berkenaan serta mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan keluarga.