KUALA LUMPUR: Tiada kecederaan pada organ dalaman ditemukan pada Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid berkata, itu adalah dapatan hasil daripada bedah siasat dijalankan pihak forensik dan menjelaskan hanya kecederaan luaran ditemui pada tubuh Noorizwan, 42.

Beliau berkata, punca sebenar kematian masih tidak diumumkan secara rasmi berikutan masih menanti laporan penuh daripada analisis makmal, namun kes itu sudah dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

"Berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan organ dalaman, namun terdapat beberapa kecederaan pada bahagian luaran.