Yomra: Penjaga gol Manchester United, Andre Onana, terselamat daripada kemalangan jalan raya ngeri apabila keretanya terbabit dalam pelanggaran membabitkan beberapa kenderaan.

Penjaga gol antarabangsa Cameroon itu kini beraksi secara pinjaman bersama kelab Liga Super Turkiye, Trabzonspor.

Onana membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hearts dalam saingan Liga Konferens UEFA pada Khamis malam tanpa bolos.

Bagaimanapun, Onana dan keluarganya berdepan detik mencemaskan ketika dia memandu pulang selepas perlawanan berkenaan.