Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia merampas 1.16 tan ketamin daripada sebuah kapal tangki yang dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara dan menahan lapan anak kapal dalam satu operasi bersepadu, kata seorang pegawai kanan polis pada Jumaat, lapor Xinhua.
Ketua Unit Siasatan Narkotik Polis Nasional Suyudi Ario Seto berkata, pihak berkuasa memintas kapal tangki MT Global 168 di luar perairan Tanjung Balai Asahan selepas hampir seminggu menjalankan pemantauan yang membabitkan polis, Badan Narkotik Kebangsaan, kastam dan polis marin.
Ketika berucap di Pelabuhan Bandar Deli di Medan, Suyudi berkata, pihak berkuasa mula menjejaki kapal itu pada 14 Oktober ketika ia belayar melalui perairan berhampiran Malaysia sebelum menuju ke utara Aceh dan Thailand.









