Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan dan rakyat perlu berani melakukan pembaharuan dan meninggalkan pendekatan lapuk bagi memastikan Malaysia mencapai tahap pembangunan lebih tinggi.
Anwar berkata, semua pihak perlu berani melakukan pembaharuan dan memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan berkesan serta menghasilkan impak yang nyata.
"Alhamdulillah, malam tadi saya berkesempatan meraikan kejayaan syarikat-syarikat tempatan menerusi Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026.
"Ia sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan, daya saing, inovasi dan ketahanan perniagaan dalam mendepani persaingan global," katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.









