George Town: Bahasa Melayu mempunyai masa depan yang cerah jika penggunaannya diperluas menerusi teknologi digital, kandungan kreatif dan peluang ekonomi, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, bahasa kebangsaan perlu berkembang seiring bahasa utama dunia lain, sambil mengekalkan peranannya sebagai tonggak identiti, warisan budaya dan perpaduan Malaysia.

"Saya percaya bahasa Melayu mempunyai masa depan yang cerah jika kita berani mengubah pendekatan dan memperluas ruang penggunaannya," katanya dalam ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Datuk Amzan Abd Malek di majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2026 di Padang Kota Lama, di sini, hari ini.