KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar yang menyerang seorang guru di sebuah sekolah swasta di bandar raya ini, sekiranya perkhidmatan berkenaan diperlukan keluarga terbabit.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata pihaknya bagaimanapun tidak mahu tergesa-gesa menawarkan perkhidmatan berkenaan kerana keluarga pelajar terbabit masih berdepan keadaan sukar susulan kejadian itu dan siasatan polis yang sedang berjalan.
"Kita tidak mahu tergesa-gesa keluarga mendapatkan perkhidmatan daripada kita kerana mungkin ia boleh mengganggu anak-anak ini dan keluarga, tambahan pula siasatan polis masih dijalankan.









