KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan akan mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri untuk mengadakan sambutan Hari Veteran khusus bagi menghargai jasa dan pengorbanan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata cadangan itu adalah usaha kerajaan memastikan sumbangan bekas anggota tentera yang berkhidmat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara terus dikenang.

Beliau berkata, sambutan berkenaan juga akan menjadi platform rasmi untuk mengeratkan hubungan antara veteran ATM dengan masyarakat.

"Melalui sambutan Hari Veteran, kita mahu memastikan jasa dan pengorbanan mereka terus dikenang, di samping menyemarakkan hubungan antara veteran dengan masyarakat.