ALOR SETAR: Pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhamad Baderudin memilih untuk menjawab segala persoalan berhubung tuduhan menggunakan darjah kebesaran tidak diiktiraf menerusi proses mahkamah.
Tegasnya, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung dakwaan dirinya menjadi mangsa konspirasi terancang pihak tertentu, sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan untuk dibuktikan di mahkamah.
"Saya jawab di mahkamah nanti, kebenaran pasti muncul," katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Husam diminta mengulas dakwaan pemilik akaun Facebook, Ramlee KP, mengenai beberapa isu membabitkan Ahmad Husam sebelum ini adalah sebahagian daripada perancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan imejnya.









