KUALA LUMPUR: Kelebihan dua gol belum cukup memuaskan hati pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz yang menegaskan barisannya perlu terus mengekalkan momentum positif menjelang aksi timbal balik kedua Piala FA pada 8 November ini.

Beliau menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas DPMM FC pada separuh akhir pertama malam tadi sebagai permulaan positif, namun memberi bayangan bahawa anak buah akan turun dalam perlawanan kedua dengan aksi menyerang untuk mendapatkan jaringan lebih banyak.

Justeru, ia secara tidak langsung memberi amaran awal kepada pelawat bahawa tugas getir bakal ditempuhi pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail.

"Tidak pernah cukup jika anda bersama JDT (jaringan). Perkara paling penting ialah seperti yang saya katakan. Apabila dua pasukan yang bagus bertemu, penyokong yang datang ke stadium juga dapat menikmati perlawanan.