KUALA LUMPUR: Pendekatan penswastaan perkhidmatan kerajaan perlu dinilai semula susulan kontroversi membabitkan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, model hibrid diamalkan ketika ini membabitkan syarikat swasta seperti Zetrix diberikan konsesi untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan perlu dikaji semula.

"Mereka yang sinis akan berkata kita pernah melalui era penswastaan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri apabila aset awam diswastakan sehingga melahirkan generasi bilionair dalam sekelip mata.

"Namun, kini tidak banyak aset yang tinggal untuk diswastakan. Apa yang masih ada ialah model hibrid yang membolehkan syarikat swasta memperoleh konsesi dan terus mengaut keuntungan melalui kerajaan.