PETALING JAYA: Seorang pembonceng motosikal maut selepas dilanggar sebuah lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 412.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam apabila motosikal jenis Honda RS150R dinaiki mangsa bersama seorang rakan dalam perjalanan dari Tanjung Malim menuju ke Rawang terbabas selepas melanggar objek tidak dikenal pasti di lorong kecemasan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden M Manimaran berkata, pelanggaran itu menyebabkan tayar hadapan motosikal berkenaan pecah dan penunggang serta pembonceng jatuh atas jalan raya.
“Sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 yang datang dari arah belakang kemudian melanggar pembonceng Honda RS150R yang terbaring di lorong kiri.








