KAJANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum dia terjatuh dan dilanggar sebuah lori di Kilometer 13.1 Lebuhraya Cheras-Kajang di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kajang.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya."Sebuah lori yang sedang bergerak terus di laluan berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa."Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal warga tempatan berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Naazron berkata, sehingga kini, tiada laporan polis dibuat oleh pemandu lori terbabit."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Beliau berkata, saksi yang berada di lokasi kejadian atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan."Orang ramai yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau video kejadian, khususnya pengguna jalan raya yang melalui lokasi berkenaan sekitar waktu kejadian, diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria, menerusi talian 012-326 8496," katanya.