KUALA SELANGOR: Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 45 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, malam tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin, berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 48 tahun dari arah Pasir Penambang menghala ke Kuala Selangor.
Katanya, mangsa pula dalam perjalanan ke Tanjong Karang.
"Setibanya di lokasi, pemandu kereta dipercayai sedang membuat pusingan U sebelum motosikal yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta berkenaan.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/11/36276d98cfbe90bdd17ecb412d407341.jpg)