KOTA TINGGI - Seorang wanita cedera manakala bayi dalam kandungannya yang berusia 36 minggu maut selepas motosikal ditunggang dilanggar pacuan empat roda di Kilometer 4.3, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.55 petang.Beliau berkata, wanita berusia 35 tahun itu sedang dalam perjalanan ke rumah di Taman Kota Jaya di sini."Siasatan awal mendapati, mangsa tidak sempat mengelak pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan berusia 61 tahun yang tiba-tiba masuk simpang jalan."Impak perlanggaran menyebabkan wanita ini mengalami pendarahan dalaman dan kecederaan di kepala, manakala anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia selepas diperiksa doktor," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Yusof memberitahu, wanita terbabit sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru."Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Bayi dalam kandungan maut, ibu cedera motosikal dilanggar pacuan empat roda
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Bayi dalam kandungan maut, ibu cedera motosikal dilanggar pacuan empat roda (this story)
- Berita Harian Wanita cedera, anak dalam kandungan maut kemalangan
- Utusan Malaysia Dua pelajar maut, seorang parah nahas motosikal dan kereta





