​ROMPIN: Kerajaan Pahang digesa memastikan perkhidmatan feri ke Pulau Tioman di sini ditambah baik dan berjalan lancar demi memelihara industri pelancongan serta kesejahteraan rakyat di pulau peranginan berkenaan.

​Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kerajaan negeri perlu bersedia menyediakan perkhidmatan feri yang berkualiti meskipun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan atau subsidi yang besar.

​Titah baginda, tindakan itu penting demi memberi khidmat terbaik kepada masyarakat setempat serta pengusaha perniagaan di Pulau Tioman dan kawasan sekitarnya.

​”Saya nyatakan tadi kepada Menteri Besar (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) supaya kalau boleh, sediakan feri yang mampu membawa pelancong dan masyarakat ke Pulau Tioman secara berhemah.