Kuala Lumpur: Bermula sebagai pemain pasukan lawan, siapa sangka gelanggang pickleball menjadi titik pertemuan kepada perasaan yang sekian lama terpendam?

Menerusi drama bersiri mikro, Pickle Rival arahan Faliq Sharif ini, ia berkisar perjalanan dua atlet yang perlu mengimbangi persaingan, impian dan perasaan ketika memburu kemenangan.

Dibintangi Imran Aqil, Trisha Ooi, Yusuf Bahrin, Puteri Khareeza dan Firdaus Ghufran, naskhah ini dibawakan khas AIA PUBLIC Takaful Bhd.

Kisah Pickle Rival bermula apabila perseteruan antara Irfan (Yusuf Bahrin) dan Ruwaida (Puteri Khareeza), dua atlet badminton legenda yang kembali menjadi perhatian sehingga mencetuskan sebuah rancangan realiti yang menemukan mereka sebagai jurulatih kepada pemain pilihan masing-masing.