KUALA LUMPUR: Gabungan muzik, imaginasi dan emosi bakal mewarnai Konsert Malam Drama Manusia yang menghimpunkan kumpulan Drama Band dan penyanyi serta komposer, Asfan Shah, bersama kumpulannya, Manusia, di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Januari tahun depan.

Konsert anjuran Permaico Concerto itu bukan sekadar menemukan dua nama dalam satu pentas, sebaliknya menjanjikan pengalaman muzik berbeza menerusi susunan lagu yang pelbagai, daripada karya rancak hingga melankolik, dalam suasana berteraskan fantasi.

Asfan berkata, konsep fantasi menjadi tunjang konsert berkenaan bagi membawa penonton meneroka pengalaman yang melangkaui persembahan muzik konvensional.

"Konsep konsert ini berteraskan fantasi. Kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada penonton, bukan sekadar datang untuk melihat penyanyi membuat persembahan di atas pentas.