Kuala Lumpur: Bagi mencipta sejarah, 14 penunggang bersama dua pembonceng yang merupakan peminat motosikal Yamaha RXZ kini dalam misi mencatatkan rekod untuk sampai ke Everest Base Camp.

Wakil Kelab Pengembaraan MS88 Mohammad Mujahid, 35, berkata, perjalanan kumpulan mereka bermula pada 8 Oktober lalu di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan setakat ini sudah melepasi beberapa buah negara iaitu Thailand, Laos dan kini berada di Shigatse, Tibet.

Mohammad yang merupakan seorang mekanik berkata, kumpulan mereka dijangka tiba di Everest Base Camp esok.

"Insya-Allah kalau tak ada apa-apa masalah, kesihatan baik dan motosikal tidak ada sebarang masalah, hari Ahad kami dijangka sampai.