BATU PAHAT – Hati seorang bapa luluh apabila melihat empat anaknya bergelimpangan dalam keadaan cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Melaka, Bagan, di sini malam tadi.

Noorwandi A. Rahim, 41, tidak mampu menahan sebak apabila salah seorang anaknya disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada adiknya yang memaklumkan kereta dinaiki anak-anaknya, adik perempuan dan adik iparnya terbabit dalam kemalangan.

“Ketika itu, saya dan isteri, Norfarahin Mohammad, 38, baru tiba di rumah selepas keluar makan malam di sebuah pusat beli-belah. Sa