JELEBU – Tindakan pihak tertentu melepaskan ikan keli Afrika ke dalam saliran sawah di daerah ini mengundang kecaman susulan kebimbangan spesies pendatang itu mengancam ekosistem perairan tempatan.
Perbuatan tersebut tular menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun mostakimmuhammad64 sebelum mendapat perhatian Facebook Jejak Air Tawar, semalam.
Menurut hantaran Jejak Air Tawar itu, keli Afrika atau Clarias gariepinus merupakan spesies invasif yang berisiko membiak dan mengancam populasi ikan tempatan.
Malah, spesies berkenaan mampu menjejaskan biodiversiti kerana mempunyai kadar pemakanan tinggi serta berpotensi mendominasi sumber ma










