JEMPOL: “Aku tak sabarlah, nanti aku nak jadi macam ini juga.”. Itu luahan Allahyarham Mohammad Syazwan Mahadi, 28, kepada keluarganya ketika menunjukkan video berkaitan pendermaan organ, sebelum maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, kelmarin.
Kakaknya, Nurul Syafiqah Mahadi, 32, berkata, keluarga hanya mengetahui Mohamad Syazwan berdaftar sebagai penderma organ selepas dimaklumkan pegawai perubatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, semalam.
Keluarga turut dimaklumkan mata, jantung dan tulang kaki serta tangan adiknya itu didermakan bagi membantu pesakit memerlukan.
“Kami tahu arwah aktif menderma darah, tetapi dia tidak pernah beritahu secara terus, cuma, pernah tunjuk video orang menderma organ.










