SABAN Jumaat hingga Ahad, Kampung Teluk Talipon, Kuala Kedah ini meriah dengan deretan kenderaan yang menderu masuk ke sebuah kafe berlatar belakangkan sawah padi, Rumah Kopi.

Rumah Kopi yang mula beroperasi pada Ogos 2024 itu kini menjadi antara persinggahan penggemar sarapan masakan tradisional Kedah seperti peknga dan pulut sambal khususnya mereka yang mahu menikmati sajian warisan dalam suasana santai.

Cetusan idea anak muda, Muhammad Adli Syamil Muzammil, 21, dari Kuala Kedah, kafe itu mengetengahkan menu warisan tradisional seperti peknga, pulut sambal, pulut kukus ikan masin, pulut pelam dan pulut kuning.

RUMAH KOPI Lokasi: Kampung Teluk Talipon Kuala Kedah Kedah Operasi: Jumaat, Sabtu, Ahad 7 hingga 11.30 pagi dan 4.30 petang hingga 10 malam