COLOGNE: Bintang Schalke, Robin Gosens dan Soufiane El-Faouzi terbabit dalam insiden pertembungan mengerikan ketika keputusan seri menentang Cologne yang menyaksikan kedua-dua pemain mengalami pendarahan.
Pasangan pemain itu bertembung selepas Said El Mala menolak El-Faouzi, sekali gus menyebabkannya melayang lalu melanggar rakan sepasukannya, Gosens.
Pertembungan kepala yang mengerikan itu mengakibatkan kedua-dua pemain terbaring di padang dan memerlukan rawatan perubatan.
Muka serta jersi mereka dibasahi darah, menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dalam tempoh yang lama.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fa9564cf6ee0909e9775b85ca0d12af96.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

