KUALA LUMPUR: Seni tidak pernah memilih darjat, justeru, membenteng dunia pengumpulan seni halus dan kontemporari tanah air sebagai hobi eksklusif golongan elit dan jutawan adalah satu kesilapan besar.
Di Malaysia hari ini, sempadan kasta itu kian lebur, membuktikan bahawa apresiasi seni sejati lahir daripada keghairahan akal dan jiwa, bukannya ketebalan dompet semata-mata.
Malah, ekosistem seni tanah air hari ini sebahagian besarnya disokong oleh golongan berpendapatan sederhana, sekali gus membuktikan seni kontemporari sebenarnya bersifat inklusif serta mesra kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Pengumpul seni tempatan, Ismail Ani Arope, berkata tanggapan awal yang menganggap dunia pengumpulan seni sebagai eksklusif sering kali menjadi penghalang kepada masyarakat awam untuk mula mendekati bidang berkenaan.








