KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk berbanding seorang bagi setiap 69,000 penduduk ketika ini menerusi peningkatan latihan kepakaran.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM kini mempunyai hampir 400 daripada kira-kira 700 pakar psikiatri berdaftar di negara ini yang berkhidmat di 72 hospital kementerian itu.
Beliau berkata, usaha menangani cabaran kesihatan mental tidak boleh bergantung kepada pakar psikiatri semata-mata, sebaliknya memerlukan pendekatan menyeluruh yang turut memanfaatkan peranan masyarakat dan pengagihan tugas.
"Selain pakar psikiatri di hospital, KKM juga mempunyai lebih 300 daripada 10,000 kaunselor berdaftar di negara ini dan lebih 500 pakar perubatan keluarga (FMS) di peringkat penjagaan kesihatan primer yang berkhidmat di 1,116 klinik kesihatan seluruh negara.






