KKM menyasarkan nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk berbanding seorang bagi setiap 69,000 penduduk ketika ini.
Key takeaways
KKM menyasarkan nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk, meningkat dari 69,000 sekarang, untuk menangani keperluan kesihatan mental yang semakin tinggi.
- KKM kini mempunyai kira-kira 400 pakar psikiatri daripada 700 berdaftar di Malaysia.
- Usaha memperkukuh tenaga pakar melibatkan peluasan latihan dalam bidang psikiatri.
- Akses perkhidmatan diperluas melalui hospital, klinik dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan nisbah seorang pakar psikiatri bagi setiap 40,000 penduduk berbanding seorang bagi setiap 69,000 penduduk ketika ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM kini mempunyai kira-kira 400 pakar psikiatri daripada 700 pakar berdaftar di Malaysia, manakala kira-kira 300 lagi berkhidmat dalam sektor swasta.
“Ini menunjukkan keperluan untuk lebih memperkukuh tenaga psikiatri bagi menghadapi keperluan yang semakin meningkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Sambutan Bulan Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.