KUALA LUMPUR - Sebanyak lapan kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat 6 petang ini, dengan IPD Serian di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi, iaitu 192.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, lima lagi stesen pemantauan di Sarawak turut merekodkan trend sama, iaitu Kuching (180), Samarahan (177), Sri Aman (157), Sibu (152) dan Sarikei (109).IPU tidak sihat juga direkodkan di Paka, Terengganu (156) dan Pasir Gudang di Johor (152).Sementara itu, APIMS melaporkan sebanyak 50 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala 10 lagi kekal pada tahap baik.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. - Bernama
Lapan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 6 petang

Key takeaways
Lapan kawasan di negara ini mencatatkan IPU tidak sihat pada pukul 6 petang, dengan Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 192.
- Serian, Sarawak mencatatkan IPU tertinggi iaitu 192 pada pukul 6 petang.
- Lima stesen di Sarawak lain juga merekodkan IPU tidak sihat.
- Dua kawasan lain iaitu Paka dan Pasir Gudang juga mencatatkan IPU tidak sihat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 20 kawasan catat IPU tidak sihat, Johor tertinggi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) 23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
- Sinar Harian Lapan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 6 petang (this story)







