KUALA LUMPUR Thunder dan PDRM Defenders bakal berentap pada final Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2026 Grand Prix (GP) Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, jam 9.30 malam ini selepas masing-masing mengatasi lawan pada aksi separuh akhir, hari ini.Wakil Kuala Lumpur itu terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan ATM Guardians 2-1 dalam pertarungan sengit tiga set.Selepas memenangi set pertama 17-15, mereka terpaksa berdepan kebangkitan ATM Guardians yang menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 15-13 pada set kedua.Bagaimanapun, pasukan itu bangkit menguasai set penentuan 15-12 untuk melengkapkan kemenangan dan menempah tempat ke final.PDRM Defenders pula mengesahkan pertemuan dengan KL Thunder selepas menewaskan Johor Tigris 2-0.PDRM Defenders memenangi set pertama 15-12 sebelum melengkapkan kemenangan menerusi set kedua yang berlangsung sengit sehingga 17-16.Kekalahan itu menyaksikan Johor Tigris gagal meneruskan kejutan selepas menyingkirkan Negeri Sembilan Antlers pada suku akhir, manakala PDRM Defenders terus mengorak langkah memburu gelaran juara GP Perak.Sementara itu, ATM Guardians akan bertemu Johor Tigris dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.