SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN pada Ahad.Ini kerana Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu telah difailkan pada tarikh sama surat jemputan mesyuarat tersebut dikeluarkan.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, partinya menerima surat jemputan daripada Takiyuddin bertarikh 23 Oktober berhubung mesyuarat berkenaan.Beliau berkata, sebagai Setiausaha Agung Bersatu, beliau telah menghantar surat balasan kepada Takiyuddin bagi menjelaskan beberapa perkara penting untuk perhatian pihak yang mengeluarkan jemputan itu.Menurutnya, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah membuat keputusan membatalkan pendaftaran PN berkuat kuasa dari tarikh perintah pembatalan yang dibuat pada 20 Oktober 2026."Walaupun PN memperoleh perintah penggantungan pelaksanaan (stay) daripada Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober lalu berhubung keputusan RoS, mahkamah turut mengambil maklum bahawa pembatalan pendaftaran PN telah pun berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, mahkamah juga menerima perintah penggantungan pelaksanaan tidak boleh dianggap secara automatik memulihkan pendaftaran yang telah dibatalkan, seperti dinyatakan dalam Ringkasan Alasan Penghakiman, perenggan 12, muka surat empat.Azmin berkata, Notis Rayuan telah difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan pada 23 Oktober bagi pihak RoS dan Menteri Dalam Negeri untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Datuk Azizan Md Arshad, pada 22 Oktober lalu."Keputusan itu membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan perintah pembatalan pendaftaran yang dikeluarkan RoS," tambahnya.Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan Takiyuddin mengeluarkan surat panggilan mesyuarat pada 23 Oktober, sedangkan beliau mengetahui bahawa Notis Rayuan telah difailkan pada hari sama."Bersatu berpendapat semua pihak perlu memelihara status quo keputusan RoS sehingga semua peringkat prosiding mahkamah selesai sepenuhnya," katanya.Azmin turut mengingatkan bahawa Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang pendaftarannya dibatalkan menjadi pertubuhan yang menyalahi undang-undang.Menurutnya, Seksyen 42 akta sama pula memperuntukkan bahawa mana-mana pemegang jawatan atau individu yang menguruskan atau membantu pengurusan pertubuhan yang menyalahi undang-undang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun."Sekiranya Pas dan sekutunya masih meneruskan mesyuarat ‘Majlis Tertinggi Perikatan Nasional’ dalam situasi yang dijelaskan di atas, Bersatu khuatir perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ini mempunyai implikasi perundangan yang serius," katanya.Beliau berkata, Bersatu akan membawa perkara itu untuk
Bersatu persoal tindakan Takiyuddin panggil mesyuarat tergempar PN

Key takeaways
Bersatu mempersoalkan tindakan Takiyuddin memanggil mesyuarat PN pada hari yang sama Notis Rayuan difailkan.
- Bersatu menerima surat jemputan mesyuarat dari Takiyuddin pada 23 Oktober.
- Pendaftaran PN dibatalkan oleh RoS dan Mahkamah Tinggi mengambil maklumnya.
- Notis Rayuan difailkan pada 23 Oktober oleh Peguam Kanan Persekutuan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bersatu persoal keabsahan mesyuarat PN malam ini
- Sinar Harian Bersatu persoal tindakan Takiyuddin panggil mesyuarat tergempar PN (this story)
- Malaysiakini (BM) Bersatu persoal tindakan Takiyuddin panggil mesyuarat tergempar PN







