KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi tergempar esok bagi membincangkan isu berbangkit dalam gabungan itu termasuk kes mahkamah selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya juga akan menjemput BERSATU dan jemputan berkenaan akan dibuat hari ini.
Katanya, mesyuarat itu dapat diadakan selepas mahkamah membenarkan penangguhan terhadap penggantungan dan pembatalan PN, yang sebelum ini menyekat sebarang aktiviti gabungan berkenaan.
"Menerusi mesyuarat yang diadakan esok, kita akan bincangkan dua perkara utama iaitu apa yang berlaku dalam PN termasuk kes mahkamah selain persediaan PRN Melaka.








