JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengingatkan pemainnya untuk tidak beraksi dalam tekanan, sebaliknya kekal fokus apabila berdepan Pakistan pada aksi final Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam ini.

Nor Saiful berkata, perlawanan menentang skuad kendalian Sameer Hussain dijangka berintensiti tinggi dan kedua-dua pasukan akan mengamalkan corak permainan pantas serta kelajuan akan melonjak ke 70 hingga 80 peratus.

Beliau juga mengingat barisan pemainnya supayan berjaga-jaga dengan taktikal permainan Pakistan yang memiliki skil tersendiri untuk menyusup masuk ke kawasan D menerusi gerakan yang bermula di posisi tengah dan kemudian berkembang ke sayap kiri dan kanan.