LANGKAWI: Seramai 75 peserta daripada 10 pasukan menyertai pertandingan boling anjuran Persatuan Usahawan dan Kemahiran Orang Kurang Upaya (DESA) di sini, petang semalam.

Pertandingan itu membabitkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengeratkan hubungan serta kerjasama komuniti setempat.

Acara bermula jam 3.30 petang di Fexie Bowl, Kompleks Jetty Point Langkawi di sini, diserikan dengan balingan pembukaan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi (PDTL), Zulkifli Abdullah.

Pengasas merangkap Penasihat DESA, Surina Pison, berkata pertandingan itu mencatat penyertaan terbesar sejak program boling anjuran persatuan berkenaan diperkenalkan.