Mallorca: Hampir dua tahun selepas bersara daripada tenis profesional, Rafael Nadal mendedahkan kesakitan yang terpaksa ditanggungnya setiap hari sepanjang bergelar pemain.
Juara 22 gelaran Grand Slam itu terkenal dengan masalah kecederaan berbanding dua seteru utamanya, Roger Federer dan Novak Djokovic.
Nadal didiagnosis menghidap sindrom Muller-Weiss pada awal kariernya, iaitu gangguan tulang degeneratif yang menjejaskan kaki kirinya.
Masalah itu menghantuinya sepanjang karier, selain kecederaan pergelangan tangan, tulang rusuk dan pinggul.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F3245342234342324_534722.png&w=480&output=webp&q=85&we)


