Kuala Lumpur: Pengorbanan masa bersama keluarga, menahan keletihan dan berjuang melawan keraguan diri akhirnya membuahkan hasil buat atlet lompat jauh para negara, Wong Kar Gee apabila menghadiahkan pingat emas keenam Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 pada Khamis lalu.
Ia bukan sekadar kejayaan peribadi, sebaliknya turut memainkan peranan penting buat kontinjen negara apabila memastikan sasaran enam emas pada temasya terbesar Asia itu tercapai lebih awal, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap atlet lain dalam usaha memburu emas tambahan buat Malaysia.
Pada pandangan orang ramai, kejayaan itu mungkin dilihat hadir kerana dirinya berjaya melakukan lompatan paling jauh berbanding pencabar lain.










