KUALA LUMPUR: Pengecualian pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM2,000 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merekodkan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dalam Belanjawan 2027, berkuat kuasa Jun tahun depan akan membantu perniagaan menyesuaikan pengambilan tenaga kerja dan struktur gaji mereka, menurut SME Corporation Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rizal Nainy, berkata pengecualian itu akan memberi ruang kepada PMKS untuk menyelaraskan operasi dengan penggunaan automasi dan pendigitalan, yang berpotensi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kos operasi terutama perbelanjaan tenaga kerja.
"Saya berpendapat bahawa dalam jangka pendek ini, sementara PMKS membuat penyesuaian dengan gaji minimum sebanyak RM2,000, kerajaan perlu memperkenalkan intervensi bersasar dengan meneliti program pendigitalan dan automasi yang boleh disediakan untuk perniagaan ini.










