KUALA LUMPUR: Selangor FC perlu memperkukuh mental pemain menjelang aksi timbal balik separuh akhir Piala FA di gelanggang Kuching City FC pada 8 November depan selepas membawa bekalan kemenangan tipis 2-1 daripada perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon berkata, beliau menyedari pasukannya bakal berdepan tugas sukar di tempat lawan kerana perlu beraksi di hadapan penyokong setia Kuching City yang mampu memberikan kelebihan kepada tuan rumah.
Justeru, setiap pemain perlu lebih fokus bagi memastikan kelebihan yang dimiliki dapat membantu mereka merealisasikan misi ke final pada edisi kali ini.
"Saya fikir ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami tahu betapa sukarnya beraksi di Kuching, apatah lagi mereka mempunyai penyokong yang kuat untuk menjadikan keadaan lebih mencabar.










