Kuala Lumpur: Kelebihan dua gol belum cukup untuk memuaskan hati Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila pengendalinya, Xisco Munoz menegaskan pasukan itu perlu terus mengekalkan momentum positif menjelang aksi timbal balik kedua Piala FA pada 8 November depan.
Jelas Munoz, beliau menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas DPMM FC pada separuh akhir pertama malam tadi sebagai permulaan positif, namun memberi bayangan bahawa anak buah akan turun dalam perlaawanan kedua dengan aksi menyerang untuk mendapatkan jaringan lebih banyak.
Oleh itu, secara tidak langsung memberi amaran awal kepada pasukan DPMM FC bahawa tugas getir bakal ditempuhi pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail awal bulan nanti.
"Tidak pernah cukup jika anda bersama JDT (jaringan). Perkara paling penting ialah seperti yang saya katakan. Apabila dua pasukan yang bagus bertemu, penyokong yang datang ke stadium juga dapat menikmati perlawanan.









