KUALA TERENGGANU: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum positif apabila mengekalkan rekod tanpa bolos selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Xisco Munoz berkata, kemenangan itu cukup bermakna kerana bukan mudah untuk beraksi menentang TFC, selain menegaskan kepentingan mengekalkan konsistensi permainan dan disiplin pasukan.
Menurutnya, kejayaan mencatatkan satu lagi rekod tanpa bolos menjadi petanda positif buat skuad Harimau Selatan, terutama dalam usaha membina keyakinan menjelang perlawanan seterusnya.
"Kami meneruskan pendekatan dan momentum yang sama. Satu lagi perlawanan tanpa bolos juga penting bagi kami.








