Phillip Island: Marc Marquez muncul juara dari petak utama dalam perlumbaan pecut MotoGP Australia, hari ini, sekali gus mengambil alih kedudukan pendahulu kejuaraan dunia daripada Jorge Martin yang terbabas ketika mencabar pelumba Sepanyol itu untuk kedudukan pertama.
Juara dunia tujuh kali itu, yang mendominasi sesi kelayakan, memiliki kuasa jentera Ducati yang lebih baik untuk melintasi garisan penamat di depan adiknya, Alex, dalam perlumbaan 13 pusingan itu.
Kemenangan berkenaan menyaksikan Marquez kini mendahului Martin dengan kelebihan 10 mata dalam kedudukan kejuaraan menjelang perlumbaan MotoGP terakhir di litar tepi pantai Phillip Island, esok.
Martin, yang bermula dari petak keempat, mengambil alih kedudukan pendahulu pada pusingan ketiga selepas berlaku persaingan sengit antara kedua-dua pencabar kejuaraan itu.










