Nairobi: Sebuah bangunan 12 tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di ibu negara Kenya itu pada Jumaat manakala pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian, menurut saksi Reuters.

Pejabat Gabenor Nairobi dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat laporan bahawa mangsa mungkin terperangkap di bawah runtuhan.

Punca kejadian yang menyebabkan bangunan berkenaan runtuh masih belum dapat dipastikan.

Pejabat Gabenor Johnson Sakaja turut memaklumkan bahawa tingkat bawah bangunan yang runtuh di kawasan Eastleigh itu didiami penghuni.