Penasihat ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Nurhisham Hussein dan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming muncul dalam audiosiar bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, 'Ngopi Dengan Zafrul'.PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan kredit cukai input di bawah sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi sektor pembuatan dan pembinaan, dalam usaha menerapkan ciri terpilih cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Penasihat ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein, berkata kerajaan sedang meneliti langkah itu bagi industri terpilih yang melibatkan beberapa peringkat pengeluaran sehingga menyebabkan kesan cukai bertindih.

“Pembuatan, mungkin, pembinaan juga mungkin,” katanya dalam audiosiar 'Ngopi Dengan Zafrul' ketika ditanya bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming mengenai industri yang sedang dipertimbangkan.