Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata keganasan terhadap wanita dan gangguan seksual bukan sahaja berlaku dalam bentuk fizikal, malah boleh merangkumi ugutan, penghinaan, manipulasi emosi, kawalan kewangan dan gangguan seksual. (Gambar fail)PETALING JAYA: Sebanyak 251 kes kesalahan seksual melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dilaporkan berlaku dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying.

Beliau berkata statistik daripada polis itu menunjukkan bahawa keselamatan seksual dalam persekitaran pendidikan memerlukan perhatian serius dan tindakan berterusan, lapor Bernama.