PAS mempunyai kira-kira 10,000 ahli di Sarawak, termasuk 1,000 orang daripada sayap bukan Islam. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: PAS berhasrat bertanding di empat kerusi dalam PRN Sarawak akan datang, termasuk kawasan Samariang, Sebuyau dan Beting Maro, susulan kejayaannya memperoleh kerusi sulung dalam DUN Sabah pada November tahun lalu.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo, berkata kepimpinan negeri sudah mencadangkan perkara itu untuk dimuktamadkan di peringkat pusat, lapor Harian Metro.
Arifiriazul menambah PAS Sarawak turut mempertimbangkan satu lagi kerusi DUN sama ada di kawasan parlimen Bintulu atau Sibuti, yang akan diumumkan kemudian.
"Untuk tiga DUN ini, Insya-Allah hampir pasti untuk kita bertanding, cuma masih tertakluk kepada keputusan di peringkat tertinggi parti," katanya yang dipetik sebagai berkata.








