Kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar dua pekerja yang sedang pasang papan tanda amaran di Lebuhraya Sultan Iskandar di Kuala Lumpur. (Gambar PDRM)PETALING JAYA: Seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta dalam keadaan mabuk merempuh dua pekerja yang sedang memasang papan tanda amaran di Lebuhraya Sultan Iskandar di Kuala Lumpur pada awal pagi ini menyebabkan seorang mangsa terbunuh.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Zamzuri Isa berkata kejadian berlaku kira-kira 5 pagi di lebuh raya itu dari arah Jalan Damansara menghala ke Jalan Parlimen.
Katanya, kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar dua pekerja yang berada di lorong kiri jalan berkenaan bersama tiga lagi rakan mereka.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F4353553453543_961863.png&w=480&output=webp&q=85&we)