KOTA KINABALU: Kontraktor tiga pakej kerja Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di jajaran Putatan-Penampang-Inanam-Sepanggar-Tuaran, di sini diarah menyiapkan projek masing-masing sebelum akhir tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata penyiapan itu penting bagi menyuraikan trafik di laluan sedia ada yang ketika ini berdepan masalah kesesakan berikutan sering rosak.

Beliau berkata, tiga pakej kerja terbabit iaitu pakej kerja enam, tujuh dan lapan sudah hampir siap, namun belum dibuka sepenuhnya berikutan ada beberapa laluan masih dalam pembinaan.

"Saya sendiri minta supaya kerja pembinaan di jajaran berkenaan disiapkan hujung tahun ini, hujung tahun ini kena siap. Kalau laluan Pan Borneo ini siap, aliran trafik dapat disuraikan.