KULAI - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan kemampuan ahli Parlimen pembangkang memainkan peranan sebagai pendamai apabila parti mereka sendiri berdepan perpecahan dalaman."Saya terlebih dahulu ingin menyatakan bahawa saya berjiwa besar menyambut baik teguran, terutama daripada ahli Parlimen pembangkang yang partinya sendiri berpecah akibat kegagalan memainkan peranan sebagai pendamai."Sebagai contoh parti mereka berpecah kepada dua kumpulan, satu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu lagi menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin."Begitu juga dengan perpecahan dalam Pas yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah). Hakikatnya, perpecahan parti sehingga melahirkan parti baharu menunjukkan kegagalan usaha untuk menjadi pendamai," katanya.Saifuddin ditemui ketika merasmikan majlis sambutan Hari Pendaftaran Negara (HPN) ke-78 serta peluncuran Kampung Angkat Madani (KAM) dan Sekolah Angkat Madani (SAM) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tahun 2026 di Kampung Melayu Sedenak, di sini pada SabtuSebelum ini, ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kegagalan Saifuddin Nasution sebagai menteri mengambil pendekatan kekeluargaan dalam isu membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan dua anggota polis berkenaan.Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Khamis, Ahli Parlimen pembangkang berharap tindakan terhadap Mohd Shuhaily dapat ditarik balik.Mereka turut mempersoalkan kecepatan proses pendakwaan serta kemungkinan wujud agenda tertentu, khususnya berkaitan isu ‘mafia korporat’.