KOTA BHARU – Pemain industri pelancongan di Kelantan perlu membuat persediaan sewajarnya menjelang operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijadualkan bermula hujung tahun ini.Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, kerajaan negeri menjangkakan peningkatan jumlah pengunjung ke negeri ini khususnya Kota Bharu susulan pengoperasian perkhidmatan kereta api laju berkenaan."Persediaan ini perlu melibatkan ejen pelancongan dan pengusaha hotel bagi memastikan pengunjung yang tiba melalui ECRL mendapat maklumat mengenai kemudahan penginapan serta destinasi menarik di Kelantan."Sebagai pemain industri pelancongan, saya harapkan mereka membuat persiapan sewajarnya untuk menyambut pengunjung dari luar Kelantan yang akan datang melawat negeri ini melalui ECRL," katanya.Beliau berkata demikian selepas Simposium Antarabangsa Penggunaan dan Kelangsungan Bahasa Melayu Nusantara 2026 di Tunjong di sini pada Sabtu.Katanya, kerajaan negeri juga akan mengadakan sambutan khas bagi trip pertama ECRL di Stesen Tunjong termasuk pengisian berunsurkan kebudayaan."Sambutan itu akan disertakan penyebaran risalah mengenai lokasi pelancongan menarik dan hotel di Kelantan bagi membantu pengunjung merancang perjalanan mereka," katanya.Kamarudin berkata, orang ramai dijangka mengambil peluang menggunakan perkhidmatan ECRL pada peringkat awal operasi kerana ingin mencuba kemudahan pengangkutan baharu itu."Kami memang menyasarkan industri pelancongan Kelantan akan semakin rancak dengan kemudahan canggih ini," katanya.
Pemain industri pelancongan Kelantan sedia sambut pengunjung ECRL

Key takeaways
Pemain industri pelancongan Kelantan bersedia sambut pengunjung ECRL yang akan bermula hujung tahun ini.
- Kerajaan negeri menjangkakan peningkatan pengunjung ke Kelantan selepas ECRL beroperasi.
- Ejen pelancongan dan pengusaha hotel perlu bersiap sedia untuk layani pengunjung.
- Sambutan khas akan diadakan untuk trip pertama ECRL di Stesen Tunjong.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pantau emisi kapal lebih ketat ketika jerebu, kata pemain industri
- Sinar Harian Pemain industri pelancongan Kelantan sedia sambut pengunjung ECRL (this story)









