Kajang: Lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak lima hari lalu ditemui meninggal dunia di kawasan parkir sebuah pasar raya besar di Jalan Impian Mahkota, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 11.29 malam.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 50-an itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebuah kereta.

"Pemeriksaan mendapati enjin kenderaan tidak dihidupkan dan pintu kereta berkunci dari dalam.