RIYADH: Pakatan diketuai Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan itu ke arah Riyadh, hari ini.

Wartawan AFP di Riyadh melaporkan dua letupan kedengaran di ibu negara Arab Saudi itu awal pagi ini, ketika Houthi meneruskan serangan terhadap negara berkenaan.

Pihak pertahanan awam Arab Saudi berkata, sistem amaran awal diaktifkan bagi memberi amaran kepada penduduk mengenai kemungkinan ancaman.

"Pertahanan udara memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh militia pengganas Houthi ke arah Riyadh," kata jurucakap pakatan itu, Turki al-Malki, menerusi hantaran di X.